Kawan Lupa Kawan ( Episod 3 )
Tuesday, 1 October 2013 . 0 word(s) .
Kawan Lupa Kawan
( Episod 3 )
*Hari pertama persekolahan*
Harini hari pertama Ain dan Hasya menjejakkan kaki ke
sekolah menengah. Ain bersekolah di Sekolah Menengah Tengku Panglima Raja,
Pasir Mas, Kelantan. Manakala, Hasya bersekolah di Sekolah Seri Puteri,
Cyberjaya, Kuala Lumpur. Walaupun mereka berlainan sekolah, mereka sudah
berjanji tidak akan lupakan antara satu sama lain.
Semua pelajar tingkatan 1 tidak diberitahu lagi kelas mana
mereka akan ditempatkan. Mereka harus melalui minggu orientasi terlebih dahulu
selama seminggu.
*Sehari sebelum berakhirnya minggu orientasi*
Cikgu Melisa : Ok, sekarang cikgu akan baca senarai nama
pelajar yang akan ditempatkan di dalam kelas 1PA. Iaitu kelas cikgu. Dengar
baik2 ye.
Cikgu Melisa membaca senarai nama sehingga habis. Seramai 28
orang terpilih masuk ke kelas 1PA. Ain juga turut termasuk dalam kelas tu.
Manakala, kelas 1PB seramai 30 orang, 1PC seramai 27 orang dan 1PD seramai 22
orang.
*Keesokannya di sekolah*
Ain masuk ke kelasnya dan duduk di tempat duduknya yang
telah di atur oleh cikgu. Tiba2 seorang budak perempuan yang duduk di
sebelahnya menegur Ain. Ain berpaling.
Ain : Ye?
Qilaa : Kau kenapa diam je dari tadi? Aku nak tegur pun
takut.
Ain : Takde papelah. *Senyum*
Qilaa : Ok. Nama aku Qilaa.
Ain : Nama aku Nur Ain. Panggil je Ain.
Qilaa : Ooo. Kau takde kawan baik ke kat dalam kelas ni?
Ain : Takde, dia dapat tawaran pergi SBP. Kau takde ke?
Qilaa : Ooo. Ada 3 orang, tu ha. Thina ! Anis ! Mada ! Sini2
!
Mereka bertiga meluru ke arah Qilaa dan Ain.
Thina,Anis,Mada : Ada apa?
Qilaa : Ni ha, aku nak kenalkan kat korang kawan baru kita
ni.
Thina : Ooo. Hai aku Fathina, panggil Thina je.
Anis : Aku Anis.
Mada : Aku Mada.
Ain : Hai. aku Nur Ain, panggil Ain je.
Qilaa : Nanti kau rehat dengan kitorang eh?
Ain : Ok. *Senyum*
Qilaa : Ain, satu je aku nak cakap kat kau. Kau jangan rapat
dengan 4 perempuan dalam kelas kita ni. Bella, Irah, Ayyna dengan Sha. Faham?
Ain : Eh, kenapa pulak? Diorang tu sapa? Aku tak kenal.
Qilaa : Diorang duduk tepi tingkap tu. Kau jangan rapat dengan
diorang eh?
Ain : Kenapa?
Anis : Alaa, kau tak payah banyak tanya, yang penting kau
jangan rapat diorang tu.
Ain : Hmm. Ok.
Tiba2 cikgu kelas mereka masuk. Thina, Anis dan Mada kembali
ke tempat duduk mereka semula.
Cikgu Melisa : Ok harini kita akan lantik siapa ketua kelas
dan penolong kelas. Siapa nak bagi cadangan angkat tangan bagitau nama dan
cakap sape yang nak dilantik.
Qilaa bangun dan mengangkat tangannya dan berkata.
Qilaa : Saya Nur Aqilaa binti Muhd Asrie ingin mencadangkan
Wan Muhammad Nazri bin Wan Muhammad Syukri menjadi ketua kelas kita.
Ain : Wow ! Kau tahu pulak nama penuh dia eh?
Qilaa : Dia tu sekelas dengan aku waktu sekolah rendah dulu.
Sebab tu lah aku tau nama penuh dia. Ensem kan? *Sengih*
Ain : Kau suka dia eh? *Mengusik*
Qilaa : Memang pun, dari sekolah rendah agi.
Ain : Ooo. Jujur betul kau cakap.
Cikgu Melisa : Ok, Nazri bangun dan keluar depan. Ada
cadangan lain?
Salah seorang pelajar lelaki bangun dan berkata.
Salah seorang pelajar lelaki : Cadangan ditutup cikgu.
Cikgu Melisa : Ok. Sekarang kita lantik pulak penolong ketua
kelas. Angkat tangan bagitau nama dan cakap sapa yang nak dilantik.
Thina mengangkat tangannya dan bangun dan berkata.
Thina : Saya Nur Fathina ingin mencadangkan Nur Ain menjadi
penolong ketua kelas kita.
Ain : Hah? Aku?!
Qilaa : Hahaha, aku rasa kau dah yang jadi penolong ketua
kelas. Huhuhu. Jeles aku.
Cikgu Melisa : Ok. Ain bangun dan keluar depan. Ada cadangan
lain?
Anis : Cadangan ditutup cikgu.
Cikgu Melisa : Jadi, dengan rasminya Nazri menjadi ketua
kelas kita dan Ain menjadi penolong ketua kelas kita. Setuju?
Murid2 : Setuju cikgu !
Bella : Eee. Kenapa tak lantik aku je jadi penolong?
Irah : Sabar jelah ! Hahahaha.
- Bersambung -