Crush Ooo Crush !! ^_^
Monday, 28 October 2013 . 0 word(s) .
Haiiyyaaa ! Macam mane aq boleh tersuka dekat dia eh ? Sejak bilee ???? Huhuhu .. :( Love you capital A ! xD Hahaha ! Dulu dia pernah chat dengan aq woo ! Tapi tahun lepas.. :3 Aq tengok dia xde ar hensem sangat, dah lah berlagak.. Betullah apa yang kawan aq cakap, cerita Love U Mr. Arrogant tu macam cerita aq dengan Capital A.. xD Irham sama belagak macam Capital A, lepas tu perasan hensem.. Sama lah macam Capital A ! xD Jahat betul mengata Crush sendiri.. :p Takpelah, sampai sini je aq nak kongsi dengan korang.. Bye2 :D ASSALAMUALAIKUM !! ^_^GA October by Emas Putih
Friday, 11 October 2013 . 0 word(s) .
Hadiah :
Top Referral : Cash RM50 dan 40 hadiah untuk dimenangi
Giveaway October by Emas Putih di anjurkan oleh Emas Putih dan di sponser oleh Emas Putih , Blog Ieta , Fuh Dot My , Gempaq Giler , Pencuri Movie , Yana's Shakleecious , Farra Eng , Myra Vea , Nur Syazwani , Nurul Iman , Eyka , Sheila Salim , Azhafizah , Nabila Medan , Shida Radzuan , Ummi Qiqi , Dyba Gula-gula , Yumida Huda , Aqila Azmy , Shiera , Collatachoc Inaleesya Cci , Maisarah Humaira
Kawan Lupa Kawan ( Episod 4 )
Sunday, 6 October 2013 . 0 word(s) .
Kawan Lupa Kawan
( Episod 4 )
*Beberapa bulan kemudian*
Cikgu Melisa : Assalamualaikum murid2 !
Murid2 : Waalaikumussalam cikgu !
Cikgu Melisa : Harini kita ada pelajar baru yang nak belajar
sama2 dengan kita. Ok, masuk Hasya.
Ain : Hasya??! Tak mungkin dia…. *Terkejut*
Qilaa : Kenapa dengan kau ni?
Soalan Qilaa tak diendahkan, mata Ain hanya tertumpu
terhadap pelajar baru itu.
Ain : *Dalam hati* Ya Allah, Hasya ! Rindunya aku dengan kau
!
Tanpa disedari, air matanya jatuh..
Qilaa : Eh, kau menangis kenapa?
Cikgu Melisa : Ok, sila perkenalkan diri awak kepada kawan2.
Hasya : Hai ! Nama saya Nurul Hasya binti Kamarulzaman.
Kawan2 boleh panggil saya Hasya. Saya dari Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya,
Kuala Lumpur.
Nazri : *Dalam hati* Wow ! Cantiknya dia ni. Kalaulah boleh
jadi awek aku… Ish, apa aku merepek ni ? Aku kan suka kat Qilaa, tapi dia je
taktau aku suka kat dia. *Tengok Qilaa*
Cikgu Melisa : Hasya, awak boleh duduk di sebelah Ayyna.
Ayyna melambaikan tangannya ke arah Hasya. Hasya duduk di
sebelah Ayyna.
Ayyna : Nama aku Ayyna.
Hasya : Nama aku Hasya.
Ayyna : Ni pulak Bella, ni Irah, ni Sha.
Hasya : Hai ! Aku Hasya.
Bella, Irah, Sha : Hai !
Cikgu Melisa meneruskan sesi pembelajarannya sehingga tamat.
Bila cikgu Melisa keluar sahaja dari kelas, Ain ingin pergi ke tempat duduk
Hasya, tapi dilarang oleh Qilaa.
Qilaa : Ain ! Kan aku dah cakap kat kau jangan dekat dengan
geng2 tu. Kenapa kau degil sangat?
Ain : Alaa.. Aku nak jumpa dengan Hasya. Dia tu kawan baik
aku tau !
Qilaa : Aku taulah. Tapi, dibuatnya geng2 tu hasut kau
supaya takyah kawan dengan aku, Thina, Anis, Mada macam mana? Aku risau tau
tak?
Ain : Tak punya. Kau janganlah risau sangat. Aku pergi situ
bukannya nak cakap dengan geng2 tu, aku nak cakap dengan Hasya.
Qilaa : Ain ! Kau bolehlah cakap macam tu sebab kau tak
kenal lagi diorang tu. Cuba kau tengok tu, Hasya bukan main rapat lagi dengan
geg2 tu, aku rasa Hasya dah jadi geng diorang. Baik kau takyah pergi. Aku takde
niat pun nak halang kau pergi kat Hasya tu, aku buat ni pun untuk kebaikan kau
jugak. Please?
Ain : Yelah-yelah..
Qilaa : *Senyum*
Tiba2 loceng berbunyi menandakan waktu rehat. Pelajar tahap
1 berpusu-pusu keluar dari kelas menuju ke kantin. Ain, Qilaa, Thina, Anis dan
Mada keluar rehat bersama-sama, manakala Hasya, Bella, Irah, Ayyna dan Sha
keluar rehat bersama-sama. Ain belum berkesempatan untuk bertemu dengan Hasya
kerana sering dihalang oleh Qilaa, waktu rehat ni dia nak ambik kesempatan
untuk bercakap dengan Hasya walaupun sekejap.
Ain : Hasya !
Hasya : Eh, Ain ! *Nak pergi kat Ain, tapi dihalang oleh
Bella*
Bella : *Bisik* Kau jangan pergi kat dialah, dia tu dah
termasuk dengan geng2 jahat, dengan dia2 jadi jahat, kalau kau rapat dengan dia
dengan kau2 jadi jahat.
Hasya : K, bye Ain, aku ada hal !
Ain : Eh, Hasya ! Tunggu aku !
Ain ingin berlari mengejar Hasya tapi dihalang oleh Qilaa.
Qilaa : Kau tengok ! Kan aku dah cakap kat kau, Hasya tu dah
termakan hasutan si Bella tu.
Ain : K.
Mada : Weh, jom ar masuk kelas, waktu rehat dah nak habis
ni.
Mereka berlima masuk ke kelas. Sampai sahaja di kelas, Hasya
dan 4 lagi kawannya kelihatan tiada di kelas. Tiba2...
Qilaa : Aaaaaaaa .... !!
P/S : Kenapa Qilaa menjerit?? O_O
Kawan Lupa Kawan ( Episod 3 )
Tuesday, 1 October 2013 . 0 word(s) .
Kawan Lupa Kawan
( Episod 3 )
*Hari pertama persekolahan*
Harini hari pertama Ain dan Hasya menjejakkan kaki ke
sekolah menengah. Ain bersekolah di Sekolah Menengah Tengku Panglima Raja,
Pasir Mas, Kelantan. Manakala, Hasya bersekolah di Sekolah Seri Puteri,
Cyberjaya, Kuala Lumpur. Walaupun mereka berlainan sekolah, mereka sudah
berjanji tidak akan lupakan antara satu sama lain.
Semua pelajar tingkatan 1 tidak diberitahu lagi kelas mana
mereka akan ditempatkan. Mereka harus melalui minggu orientasi terlebih dahulu
selama seminggu.
*Sehari sebelum berakhirnya minggu orientasi*
Cikgu Melisa : Ok, sekarang cikgu akan baca senarai nama
pelajar yang akan ditempatkan di dalam kelas 1PA. Iaitu kelas cikgu. Dengar
baik2 ye.
Cikgu Melisa membaca senarai nama sehingga habis. Seramai 28
orang terpilih masuk ke kelas 1PA. Ain juga turut termasuk dalam kelas tu.
Manakala, kelas 1PB seramai 30 orang, 1PC seramai 27 orang dan 1PD seramai 22
orang.
*Keesokannya di sekolah*
Ain masuk ke kelasnya dan duduk di tempat duduknya yang
telah di atur oleh cikgu. Tiba2 seorang budak perempuan yang duduk di
sebelahnya menegur Ain. Ain berpaling.
Ain : Ye?
Qilaa : Kau kenapa diam je dari tadi? Aku nak tegur pun
takut.
Ain : Takde papelah. *Senyum*
Qilaa : Ok. Nama aku Qilaa.
Ain : Nama aku Nur Ain. Panggil je Ain.
Qilaa : Ooo. Kau takde kawan baik ke kat dalam kelas ni?
Ain : Takde, dia dapat tawaran pergi SBP. Kau takde ke?
Qilaa : Ooo. Ada 3 orang, tu ha. Thina ! Anis ! Mada ! Sini2
!
Mereka bertiga meluru ke arah Qilaa dan Ain.
Thina,Anis,Mada : Ada apa?
Qilaa : Ni ha, aku nak kenalkan kat korang kawan baru kita
ni.
Thina : Ooo. Hai aku Fathina, panggil Thina je.
Anis : Aku Anis.
Mada : Aku Mada.
Ain : Hai. aku Nur Ain, panggil Ain je.
Qilaa : Nanti kau rehat dengan kitorang eh?
Ain : Ok. *Senyum*
Qilaa : Ain, satu je aku nak cakap kat kau. Kau jangan rapat
dengan 4 perempuan dalam kelas kita ni. Bella, Irah, Ayyna dengan Sha. Faham?
Ain : Eh, kenapa pulak? Diorang tu sapa? Aku tak kenal.
Qilaa : Diorang duduk tepi tingkap tu. Kau jangan rapat dengan
diorang eh?
Ain : Kenapa?
Anis : Alaa, kau tak payah banyak tanya, yang penting kau
jangan rapat diorang tu.
Ain : Hmm. Ok.
Tiba2 cikgu kelas mereka masuk. Thina, Anis dan Mada kembali
ke tempat duduk mereka semula.
Cikgu Melisa : Ok harini kita akan lantik siapa ketua kelas
dan penolong kelas. Siapa nak bagi cadangan angkat tangan bagitau nama dan
cakap sape yang nak dilantik.
Qilaa bangun dan mengangkat tangannya dan berkata.
Qilaa : Saya Nur Aqilaa binti Muhd Asrie ingin mencadangkan
Wan Muhammad Nazri bin Wan Muhammad Syukri menjadi ketua kelas kita.
Ain : Wow ! Kau tahu pulak nama penuh dia eh?
Qilaa : Dia tu sekelas dengan aku waktu sekolah rendah dulu.
Sebab tu lah aku tau nama penuh dia. Ensem kan? *Sengih*
Ain : Kau suka dia eh? *Mengusik*
Qilaa : Memang pun, dari sekolah rendah agi.
Ain : Ooo. Jujur betul kau cakap.
Cikgu Melisa : Ok, Nazri bangun dan keluar depan. Ada
cadangan lain?
Salah seorang pelajar lelaki bangun dan berkata.
Salah seorang pelajar lelaki : Cadangan ditutup cikgu.
Cikgu Melisa : Ok. Sekarang kita lantik pulak penolong ketua
kelas. Angkat tangan bagitau nama dan cakap sapa yang nak dilantik.
Thina mengangkat tangannya dan bangun dan berkata.
Thina : Saya Nur Fathina ingin mencadangkan Nur Ain menjadi
penolong ketua kelas kita.
Ain : Hah? Aku?!
Qilaa : Hahaha, aku rasa kau dah yang jadi penolong ketua
kelas. Huhuhu. Jeles aku.
Cikgu Melisa : Ok. Ain bangun dan keluar depan. Ada cadangan
lain?
Anis : Cadangan ditutup cikgu.
Cikgu Melisa : Jadi, dengan rasminya Nazri menjadi ketua
kelas kita dan Ain menjadi penolong ketua kelas kita. Setuju?
Murid2 : Setuju cikgu !
Bella : Eee. Kenapa tak lantik aku je jadi penolong?
Irah : Sabar jelah ! Hahahaha.
- Bersambung -
Kawan Lupa Kawan ( Episod 2 )
Friday, 27 September 2013 . 0 word(s) .
Kawan Lupa Kawan
( Episod 2 )
*Beberapa minggu selepas terima result UPSR*
Kedengaran seperti enjin motosikal berhenti di halaman rumah
Hasya..
Hasya : Eh posmen..??
Posmen : Nurul Hasya binti Kamarulzaman ?
Hasya : Ye saya..
Posmen : Ni ada surat dari SBP..
Hasya : SBP??!! *Terkejut*
Posmen : Ye.. Takpelah pak cik pergi dulu, Assalamulaikum !
Hasya : Waalaikumussalam !
Hasya berlari mendapatkan ibunya yang sedang membantu
pembantu rumahnya memasak untuk makan tengah hari di dapur..
Hasya : Ibu ! Hasya dapat tawaran pergi SBP ibu ! *Gembira*
Puan Amirah : Biar betul?? Ya Allah ! Terima kasih ! *Peluk
anaknya*
Hasya : Betul ibu..
Puan Amirah : Hasya dapat tawaran pergi SBP mana?
Hasya : Dia tulis kat sini.. Sekolah Seri Puteri,
Cyberjaya.. Kat KL ibu..
Puan Amirah : KL? Jauhnya..
Hasya : Ibu.. Ibu janganlah risau, Hasya boleh jaga diri,
kat sana semuanya perempuan, tengok dia tulis ni Seri Puteri.. *Sengih*
Puan Amirah : Yelah.. Hasya nak terima tak tawaran ni?
Hasya : Erm.. Entahlah.. Hasya nak satu sekolah dengan Ain..
Tak nak berpisah dengan dia ibu.. ! *Muka dah nak nangis*
Puan Amirah : Hasya ! Ini adalah peluang Hasya tau ! Jangan
lepaskan peluang ni.. Peluang ni datang sekali je.. Kalau kita lepaskan, kita
akan rasa menyesal sebab dah lepaskan peluang keemasan ni.. Lagipun nilah
peluang Hasya nak kenal dengan kawan-kawan baru.. Ye? *Senyum*
Hasya : Baik ibu, minggu depan dah kena daftar.. Hmm..
Puan Amirah : Hasya dah cakap ke belum kat Ain yang Hasya
dapat tawaran ni?
Hasya : Ya Allah ! Belum ibu ! Tak ingat !
Hasya segera masuk ke biliknya untuk menyarung tudung dan
tergesa-gesa pergi ke rumah Ain.. Jarak antara rumah mereka hanya selang 3 buah
rumah.. Hasya pergi berjalan kaki kerana dia malas nak mengayuh basikal.. 5
minit kemudian, Hasya sudah berada di halaman rumah Ain.. Dia memberi salam
sambil memanggil-manggil nama Ain..
Hasya : Assalamualaikum ! Ain ! Ain ! Aku datang ni ! Ain
ooo Ain !
Ain : Ye ! Waalaikumussalam ! Lah kau ke? Aku ingatkan
perompak mana tah datang serbu rumah aku tengah2 hari buta ni !
Hasya : Eee.. Kau ni kan ! Sampai hati cakap aku perompak !!
Ain : Hahahaha.. Janganlah merajuk.. Aku gurau jelah.. Eh,
tu surat apa yang kau pegang tu? Nak tengok ..
Hasya : Haa ! Nilah yang aku nak cakap kat kau ni ! Aku
dapat tawaran pergi SBP !! *Gembira*
Ain : Hah? Biar betul?
Hasya : Betullah ! Aku dapat tawaran gi SBP kat KL tu.. Nama
sekolah dia Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya, Kuala Lumpur..
Ain : Wah, untung ar kau !
Hasya : *Sengih*
Ain : Kau terima ke tak tawaran ni? Kalau kau cakap tak
terima, siap kau aku kerjakan ! Hahahaha..
Hasya : Hahahaha.. Kau nikan, tak habis2 buat lawak.. Aku
terimalah.. Minggu depan kena daftar..
Ain : Haa ! Bagus ! Minggu depan? Maknanya kau kena pergi KL
lah minggu depan?
Hasya : Ye sayang !
Ain : Eeee.. Lesbian ke apa kau ni?
Hasya : Hahahaha.. Takdelah aku gurau je.. Kau ni agak2
arr.. Kalau aku ni lesbian, dah lama aku ajak kau couple tau tak?
Ain : Hahahahaha.. Yelah..
Hasya : Takpelah Ain, aku nak balik dah ni..
Assalamualaikum..
Ain : Waalaikumussalam.. Jap2, kau mari rumah aku ni naik
apa?
Hasya : Aku naik kapal terbang.. Tu dia dah tunggu aku tu,
tak nampak ke? Kalau tak nampak sah2 kau ni rabun..
Ain : Oooo.. Naik kapal terbang ke? Kayanyalah kau ni kan?
Kapal terbang pun boleh beli.. *Ayat perli*
Hasya : Ha'ah.. Kau nak naik jugak ke? Jom arr..
Ain : Tak naklah aku !
Hasya : Hahaha.. Kalau aku layan kau sampai esok tak
habis2.. Bye..
Ain : Oii ! Tadi kata mari dengan kapal terbang? Ni kenapa
balik jalan kaki pulak?
Hasya : Kapal terbang aku ada orang pinjam..
Ain : Hahahaha..
- Bersambung -
Cerita Saya ! ^^
Monday, 23 September 2013 . 0 word(s) .
ASSALAMUALAIKUM !!
Sapa yang nak baca cerita saya?? Okey.. Yang kat bawah ni episod satu k.. :* Argh ! Lupa nak cakap tajuk dia.. :D Tajuk dia "Kawan Lupa Kawan" .. Selamat membaca ! :)
Kawan Lupa Kawan
( Episod 1 )
*Di sekolah sebelum terima keputusan UPSR*
Ain : Hasya, aku doakan kau berjaya dapat 5A bila result tu
dah keluar nanti eh..
Hasya : Thanks, aku pun doakan kau dapat 5A. Kau tak
berdebar ke nak dapat result nanti?
Ain : Gila kau tak berdebar? Berdebar la wei.. Huhu..
Tiba-tiba cikgu Melisa membuat pengumuman memanggil semua
pelajar darjah 6 supaya berkumpul di dewan sekolah. Hati masing-masing sudah
berdebar.
Cikgu Melisa : Beratur mengikut kelas masing-masing !
Guru Besar : Ok.. Bila saya panggil nama terus keluar dan
ambik keputusan ni.. Faham?
Murid2 : Faham cikgu !
Guru besar memanggil
nama mengikut giliran. Ain dan Hasya semakin berdebar kerana giliran mereka dah
semakin hampir.. Akhirnya….
Guru Besar : Nur Ain binti Nazri !
Ain bangun dan keluar untuk mengambil keputusannya.
Keputusannya dia mendapat 3A 2B. Apa pun dia tetap bersyukur. Seterusnya..
Guru Besar : Nurul Hasya binti Kamarulzaman !
Hasya pula bangun dan keluar mengambil keputusannya.. Dan
keputusannya dia berjaya mendapat 5A.
Hasya : Ya Allah ! Terima kasih Ya Allah ! Ain ! Aku berjaya
Ain ! *Peluk Ain sambil menangis*
Ain : Tahniah Hasya ! *Gembira*
Setelah selesai semuanya, pelajar dibenarkan pulang ke
rumah. Ain dan Hasya belum pulang ke rumah kerana mereka ingin menghabiskan
masa yang masih lagi berbaki sebelum mereka berpisah.
Ain : Kau dah berjaya dapat 5A. Kalau kau dapat tawaran
pergi ke SBP kau nak pergi tak agak-agak?
Hasya : Entahlah, aku pun tak tau. Aku tak nak berpisah
dengan kau ! Kau sorang je kawan yang paling rapat dengan aku kat sekolah kita
tau ! Aku nak satu sekolah dengan kau ! Hmm.. *Sedih*
Ain : Ala.. Kau ni macam budak-budak lah.. Aku cadangkan
kalau kau dapat tawaran tu baik kau pergi, kau jangan lepaskan peluang tu,
peluang tu hanya datang sekali je dalam hidup.. Baik kau terima.. Please demi
aku ! Hmm?
Hasya : Hmm..
Yelah-yelah.. Tu pun kalau aku dapat, kalau tak dapat nasib jelah.. Hahaha..
Ain : Ish kau ni, ada ke patut cakap macam tu ! Tak baiklah
!
Hasya : Haha ! Yelah-yelah.. *Sengih*
Ain : Eh Hasya, takpelah aku nak balik dah ni.. Aku tak
ingat mak aku suruh aku baik awal harini dia nak suruh aku tolong dia jaga
gerai.. Assalamualaikum, aku balik dulu .. *Senyum*
Hasya : Lah, awalnya.. Yelah-yelah.. Waalaikumussalam ! Eh
jap ! Kau balik dengan apa?
Ain : Jalan kaki lah.. Kenapa?
Hasya : Ooo.. Kau tumpang aku lah harini nak tak?
Ain : Takpelah.. Aku tak nak susahkan kau.. Bye..
Hasya : Ok.. Aku mengalah.. Hmm.. Bye..
- Bersambung -
Al-Hin Makhluk Sebelum Nabi Adam a.s.
Tuesday, 17 September 2013 . 0 word(s) .
ASSALAMUALAIKUM !!
Jom baca kisah ni.. ^_^ Dengar macam menarik kan? Baca sampai habis tau! :)
Jom baca kisah seorang pengamal perubatan Islam yang merawat seorang pesakit yang telah dirasuk oleh satu makhluk yang dinamakan Al-Hin..
Dua minggu yang lalu, saya didatangi sepasang suami isteri dan seorang anak lelaki di RIDAM. Pesakitnya adalah anak lelaki mereka.
Dari perbualan sebelum rawatan, si bapa menceritakan bahawa sudah banyak tempat sudah di kunjungi. Boleh dikatakan hampir setiap perawat yang muncul dalam Expose Mistik dan Rancangan Alam Ghaib sudah di bawa. Semuanya belum ditemui penawarnya.
Luahan tersebut membuatkan saya tersenyum. Lantas, saya katakan pada mereka sekeluarga bahawa mungkin masih belum ada rasi ubat . Kalau dah jodoh ubat dengan penyakitnya, insyaallah, sembuh lah penyakitnya..
Simptom gangguan pada pesakit hanya berlaku pada malam hari iaitu ketika waktu bulan mengambang sahaja. Pada waktu tersebut, pesakit akan merenung bulan kemudian menangis. Begitulah yang berlaku setiap bulan..
Maka, saya ambil pendekatan segera dengan teknik scan dan hampa kerana tidak dapat mengesan sebarang jenis gangguan pada lelaki tersebut.. Aiii...hairan sungguh.. lelaki tu nampak normal jer..
Lama saya dok termenung ketika berdepan dengan situasi tersebut, saya teringat pada Allahyarham Tok Ngah ketika berhadapan dengan kes yang hampir sama. Kata beliau, mungkin badan tengah kotor. Akibatnya, konsentrasi tiada.. Kan sunat kalau bersih. Apatah lagi kalau harum semerbak...
Lalu, saya minta izin pada pesakit untuk berehat sebentar. Sebenarnya, saya ingin mandi kerana baru teringat, saya baru saja selesai mengelap kipas syiling sebaik sahaja keluarga pesakit tiba di RIDAM. Selepas mandi, saya pakai wangian agar diri harum semerbak..
Setelah itu saya ke ruang rawatan untuk menyambung tugas rawatan. Ketika duduk berhadapan pesakit, tiba-tiba...
Pesakit: Ermm..wanginya... lama dah tak bau macam ni.. Kamu pakai minyak wangi apa ni..?
Kelihatan suara pesakit berlainan. Maka saya yakin, ketika itu, pesakit sedang kerasukan.
Saya: Minyak atar 1001 Malam. Tak pernah bau ker?
Pesakit: Pernah.. Tapi dah lama tak bau macam ni.. Masa kat Andalusia pernah la.. Harum betul baunya. Boleh bagi aku sikit?
Saya: Boleh.. Tapi kena kerjasama la.. Setakat minyak wangi, apalah sangat..
Seraya itu dia tersenyum dengan kata-kata saya..
Pesakit: Boleh..tapi aku tak suka orang belagak.. Kalau kamu boleh cakap dengan aku elok-elok, tanya lah apa kamu nak. Dengan nama Allah, aku tak akan tipu.
Saya: Ish...tak baik kamu main sumpah-sumpah macam tu.. Nanti makan sumpah baru tahu..Kamu ni Jin Islam ker?
Pesakit: Kenapa aku nak takut. Aku cakap jujur la ni.. Memang aku sembah Allah, tapi aku bukan Islam....
Saya: Hah...sembah Allah tapi bukan Islam..? Agama apa kamu ni?
Pesakit: Agama Monoteisme
Saya: Agama apa tu..?
Pesakit: Agama yang satu la.. Tuhan hanya satu yakni Allah...Tak sekolah ker?

*Terkena jugak RIDAM..
Saya: Kamu jangan main-main pasal agama ni...!..Kang....
*Masa tu tangan kanan dah diangkat..rasa nak lempang jer...
Pesakit: Aku tak tipu lah...Aku bukan Jin, Syaitan atau Malaikat..Aku Poppy..Nama aku Mizari
*Tangan saya tak jadi di angkat. Terasa hendak tahu pula apa cerita berikutnya..
Saya: Poppy..? Makhluk apa tu..?
Pesakit: Wahai hamba Allah...banyak lagi rahsia Allah yang kamu belum tahu.. Bukan semua rahsia boleh dicapai dengan akal manusia..
Saya: Ceritakan...aku nak tahu..
Pesakit: Aku wujud sebelum kaum jin diciptakan lagi... Sebelum banyak puak kami di binasakan Allah kerana kesalahan kami sendiri..
Kemudian dia menangis teresak-esak..
Pesakit: Puak kami dah kurang dari 1000.. Mungkin kerana kesalahan yang kami lakukan, kami tidak diizinkan Allah untuk melahirkan zuriat kami....
Terduduk saya mendengar cerita si Mizari... Baru saya teringat akan sebuah buku yang dibaca karangan Isa Dawud.. Cerita yang diberitahu menepati penerangan yang diberitahu dalam buku tersebut..
Saya: Kalau begitu, betul kah nama golongan kamu ini adalah Al-Hin?
Seraya itu dia mengangguk..
Pesakit: Al-Hin adalah nama makhluk.. Kami hidup berpuak-puak.. Aku dari puak Poppy..Ada lagi musuh puak aku iaitu Neondertal. Nama puak lain banyak, tapi aku dah lupa....
Saya: Apa yang puak kamu buat sampai Allah murka?
Dia terdiam sejenak..
Pesakit: Apa yang kamu tengok kemaksiatan dan kerosakan manusia hari ini, itulah yang kami buat dulu.. Tapi hari ini aku tengok, kerosakan manusia lagi hebat dari apa yang kami lakukan dulu...
Saya: Wahai makhluk Allah, aku tiada kuasa untuk lakukan apa pun pada kamu kecuali dengan izin Allah.. Tapi boleh aku tanya, kenapa aku tak dapat Scan kau tadi? Mana kau menyorok?
Pesakit: Aku tak pergi mana-mana. Memang dari tadi aku dalam badan ni. Jangan kau kecil hati pulak.. Setakat ini, dengan izin Allah, puak aku belum dapat di scan mana-mana perawat pun ketika mereka berubat. Mungkin kerana ada sebab yang kau dan aku sendiri belum tahu kecuali Allah...
Saya: Dah tu, sekarang ni kamu boleh bercakap dengan aku..macam mana pulak tu?
Pesakit: Itu kerana aku sendiri yang nak bercakap dengan kamu.. Bukan semua tau aku suka manusia...Aku nak duduk dengan kamu boleh? Kalau kamu izin kan la..
Saya: Tak payah la...aku selesa dengan sesama manusia.. kamu tak marah kan..?
Pesakit: Tak la..buat apa aku nak marah.. Kamu ada hak atas diri kamu..
Saya: Erm..boleh kamu bagi sebab..kenapa kamu duduk dengan budak ni?
Pesakit: Sebab dia kasi aku duduk dengan dia...
Dari badan pesakit tersebut, Mizari menceritakan penemuannya dengan budak tersebut ketika dia berjumpa di sebuah pusat rekreasi di Selatan tanahair. Katanya lagi, budak tu tak takut dengan dia..
Cerita tersebut disahkan bapanya. Memang anaknya ada mengikuti kursus kadet di tempat tersebut..
Saya: Wahai makhluk Allah, aku bukanlah dikalangan orang alim untuk mendakwah kamu. Tapi sudi tak kalau kau masuk Islam?
Pesakit: Maaf ya..Aku masih yakin dengan agama ku. La ikra hafiddin kan...?
Saya: Memang lah..tapi agama akhir zaman kan Islam..Kalau kamu menyembah Allah, kenapa tidak kamu ikuti agama akhir zaman ni..?Agama yang disuruh dan dijamin Allah...
Pesakit: ku tahu...tapi aku bukan dari Jin dan Manusia.. Tiada satu pun nama kaum aku dalam Al-Quran...
Lalu di bacakan ayat surah Adz-Dzariyaat:56
Maksudnya:
Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.
Pesakit: Jadi, aku yakin dengan pegangan aku sekarang.. Aku tidak pernah menduakan Allah..
*Tidak ada apa yang mampu saya katakan padanya. Kelu saya bila mendengar hujahnya..
Saya: Kalau begitulah kata kamu, tiada apa yang mampu aku katakan lagi.. Tapi, dengan nama Allah, boleh tak kamu keluar dari badan anak ini? Kesian aku tengok mak bapak budak ni.. Kamu tak rasa kesian ker..?
Pesakit: Kesian jugak.. Banyak jugak la duit diorang habis pergi berubat.. Demi Allah, aku memang nak keluar, tapi, belum masanya lagi...
Saya: Dah tu, bila agak-agak kamu masa tu sampai..?
Pesakit: Sekarang..tapi dengan syarat..
Saya: Apa syaratnya? Kalau boleh mensyirikkan, aku tak nak la..
Pesakit: Aku nak salam kedua mak bapak budak ni..Aku nak mintak maaf sebab susahkan diorang. Lepas tu, aku nak kau doakan agar Allah pendekkan nyawa aku...boleh?
Saya: Syarat yang pertama tu insyaallah, boleh (kedua ibu bapa pesakit mengangguk sama).. Tapi, pelik la dengan syarat kedua tu..Kenapa?
Pesakit: Ada tak bapak budak ni cerita perangai pelik anak nya ni masa sakit tadi?
Saya: Yang mana? Yang suka tengok bulan mengambang tu ker?
Pesakit: Yelah...kamu tak nak tahu kenapa aku suka tengok bulan?
Saya: Aah...kenapa?
Pesakit: Aku tengah kira umur aku la tu...Kiraan masa aku sama macam kalendar Islam.. Puak kami mana pakai Kalendar masihi...
Saya: Oooo..tapi kau tak jawab lagi soalan kedua tu..
Pesakit: Sabar lah..maksud aku, aku kira umur untuk tahu hayat aku.. Dah lama sangat aku hidup.. Sunyi betul hidup aku...Aku nak kamu doakan agar Allah pendekkan hidup aku sebab aku dah hidup lama sangat...
Saya: Ooo...macam tu..Berapa dah umur kamu?
Pesakit: Sikit jer...baru 4 juta 130 ribu tahun..
Saya: Mak aiiii...lama nya kau hidup..
Pesakit: Betul..sebab tu aku nak kau doakan aku..
Saya: Insyaallah, kalau itu yang kau nak...Tapi, aku nak tanya soalan terakhir ni..Boleh?
Pesakit: Tadi kata suruh aku keluar...? Ni makin banyak tanya pulak ni..Hah..apa dia?
Saya: Boleh tak aku tengok kamu...Rasa nak tengok jer diri kamu tu...
Pesakit: Boleh dengan izin Allah...kau baca Surah Al-Kautsar 1000 kali sebelum tidur...Mintak pada Allah nak tengok aku.. Bukan aku yang izin..Allah yang izin.. Sekarang, boleh aku keluar..?
Saya: Dipersilakan wahai hamba Allah..Moga kamu tergolong dalam orang-orang yang beriman..
Sebelum dia keluar, dia mencium tangan kedua ibu bapa pesakit dan meminta maaf pada mereka.. Sekitar 5 minit selepas itu, pesakit tersedar.. Kelihatan penat dan lelah yang dialami akibat tenaga tubuh yang diguna oleh makhkluk lain..
Hanya sebagai syarat asas rawatan, saya bekalkan air dan limau rukyah untuk dibuat mandi dan minuman di rumah.. Pesakit pulang selepas itu..
---------
3 hari kemudian, bapa pesakit menelefon saya dan mengatakan anaknya sihat sepenuhnya.. Dia mengajak saya ke jamuan doa selamat di rumahnya sebagai tanda kesyukuran dan nazar yang diniatkan..
----------
Saya juga telah mengamalkan apa yang dikatakan oleh Mizari.. Alhamdulillah, saya dapat melihat parasnya..
Badannya berbulu putih, berwajah manusia yang tampan dan bersayap... Wallahualam.. Mungkin itu mainan mimpi....
Sekian..

Jawapan Ustaz Azhar idrus